Post istimewa Gee dan Sabri. Terima kasih Kak Khirda ucapkan pd Gee dan Sabri yg memberi sepenuh kepercayaan kepada Qirra Andaman utk merialisasikan majlis anda.
QIRRA ANDAMAN ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Puan Khirda Asyikin bt Uyob , minat yang mendalam dalam solekan telah membuka minat Puan Khirda untuk mempelajari selok-belok dan teknik solekan di salah sebuah kolej solekan yang terkenal di Kuantan . Dengan kemahiran yang ada telah menguatkan azam nya untuk membuka QIRRA ANDAMAN yang menyediakan perkhidmatan Solekan & Andaman untuk pengantin , untuk majlis makan malam , mesyuarat dan sebagai nya . Di QIRRA ANDAMAN kami ada pelbagai koleksi pakaian pengantin untuk lelaki dan perempuan . Pakej Pengantin & Solekan juga disediakan dengan harga yang berpatutan .